Thursday, 23 February 2017

AL-HAFIZ ke AL HAFAL?

Satu hari, ada orang tanya,
"Sekolah yg hafal Quran ada tak kes couple, mencuri, hisap rokok"
Saya senyum.
"Tipulah kalau saya kata takde"
"Seriously?"
"Yes, seriouslah"
"Awak, tak semua orang hafal Quran ni kerana Allah, ad yg hafal hanya pada mulut, dan tak terkesan kat hati & amalan.Dan takde orang kat dunia ni yang boleh lari dari buat dosa. Bezanya kalau dia masih ada iman, cepatlah dia sedar dan bertaubat. "
"Oo, tapi saya ni selalu jealous dengan orang yg hafal Quran, mesti banyak pahala dapat."
"Awak, memang orang yang hafal al-Quran dijanjikan syafaat yang besar kat akhirat, tapi orang yang tak hafal al-Quran tapi beramal jauh lebih baik daripada orang yang hafal al-Quran tapi tak amal. "
............................................................
Nak kongsi ceramah dari sorang ustaz kat UIA, saya rasa memang patut dikongsi.
Ustaz tu kata, sekarang ni sangat ramai orang hafal al-Quran berbanding zaman dulu. Tapi sekarang , ia hanya pada kuantiti, bukan kualiti. Ramai yang hafal al-Quran, tapi tak amal. Lagi sedih bila tak nampak langsung ciri² dia ni hafal Quran
Ni lah orang-orang yg hafal quran utk dapat 'title' semata-mata. Mengejar untuk khatam, pastu bila dah khatam, bangga dah jadi 'al-hafiz', diraikan dalam majlis. Lepas berjaya mendapat title, amanah di biar macam tu je. Takde usaha langsung nak murajaah.
Ingat! Bila sekali dah kita hafal Quran, kita dah pegang amanah tu sampai mati. Biarlah al-Quran tu jadi hujah kepada kita, bukannya hujah ke atas kita.
...............................................................
Bab 'Judge'
Kita ni hidup memang tak boleh lari dari kena judge.
Orang kata apa,
"people love to judge you before ever knowing you"
Kita tak boleh salahkan mereka, sebab kadang² kita sendiri pun mcm tu.
Lagi² budak² yang background sekolah agama. SMKA, MRSM UA, DARUL QURAN, MAAHAD sebagai contoh. Mesti orang pandang diorang ni budak² 'alim lah'.
"Weyh, serious ah dia hafal Quran, perangai tak macam hafizah langsung"
"Mcm tu ehh perangai budak sekolah agama"
Kata² ni selalu saya dengar, terasa kot walaupun ditujukan kepada orang lain..
Tak semua budak sekolah agama baik, dan tak semesti budak sekolah biasa tu tak baik, malah ada yang lebih baik dari budak sekolah agama.
Hakikatnya, sekolah hanya menyediakan platform, untuk mendidik kita bagi menjadi lebih baik. Ustaz ustazah hanya bagi nasihat dan tunjuk ajar macam mana kita nak berubah. Tapi hakikatnya, mereka hanya sebagai pendorong, yang mengubah diri kita ialah kita sendiri.
Last but not least, pesanan kepada diri & kawan² terutama yang hafal Quran, saya tak kisah apa yang korang nak pakai, what kind of tudung, what kind of jubah or blouse or anything related. Also, I don't mind how you want to behave. But before doing something (anything) , please remember that you're holding a 'title' that you can't easily remove it. Everywhere you go people will ask about your background, and surely they will know.
Jadi sebelum upload gambar dengan makwe,pakwe, buat caption sayang² kat insta, twitter. Fikirlah banyak kali. Apa orang akan fikir. Saya pun sedih tengok. Nak 'sweet²' pun, biarlah sesama korang je, tak perlu lah nk tunjuk kat orang. Mcm buka aib sendiri pun ada. In the other words, janganlah kita jadi fitnah kepada al-Quran.
Dan, cubalah ada usaha utk murajaah walaupun sikit. Tapi istiqomah.
“Dan Al-Quran itu bisa menjadi hujjah bagimu (membelamu) dan bisa menjadi hujjah atas kamu (mengancammu).” (Riwayat Muslim dari hadits Al-Harits Al-Asy’ari yang panjang)

No comments:

Post a Comment

Adakah GM Diet Selamat?

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Dua tiga hari ni saya tengok posting tentang General Motor (GM) Diet berlegar-lega...