Thursday, 23 February 2017

Gagal? No hal

Segala borang dan salinan² yang diperlukan untuk memohon pertukaran jurusan universiti sudah aku siapkan. Aku kepilkan dan letak di atas meja belajar.

Aku nekad mahu menukar jurusan daripada medic ke law kerana merasakan bidang sains tidak kena dengan jiwaku. Aku cuba survive selama 1 semester tapi aku rasa aku tak boleh pergi lebih jauh. Entahlah.

'Esok aku mesti hantar'. Bisikku dalam hati.

Aku sudah buat solat hajat dan istikharah agar Allah beri petunjuk. Tapi aku masih tidak nampak hala tuju. Jadi aku ambil keputusan untuk teruskan dengan niatku.

Keesokan harinya, iaitu pada kelas biologi terakhir untuk semester 1. Lepas habis kelas, tiba² aku rasa tergerak untuk beritahu madam Hafizah tentang niatku yang ingin menukar jurusan, di tanganku aku pegang borang² yang kukepilkan semalam. Hanya menunggu masa untuk dihantar ke pejabat lepas kelas.

Ingat lagi kata² madam yang telah mengubah fikiranku.

" Ain, kalau awak nak tukar course sebab awak rasa susah, lebih baik batalkan niat awak tu"

"Sebab kalau awak nak datang universiti untuk mengharapkan semua benda nak senang, baik tak payah datang universiti. Lagipun saya tengok awak bukan teruk sangat pun".

Aku terdiam.

Madam sambung.

" Takde benda kat universiti ni yang senang. Tak percaya tanya senior² kamu. Mesti ada kesusahan yang diorang kena lalui untuk dapatkan segulung ijazah. Takkan bila sampai kat satu tempat yang susah, kita terus surrender?"
"Ain, Ingat, takde orang yang berjaya kat dunia ni tak pernah gagal. Bila kita gagal, tu bukan titik nokhtah untuk kita, tapi itulah sebenarnya titik permulaan untuk kita melangkah lebih jauh "

Aku diam lagi. Sebak.

Aku berjalan perlahan keluar daripada kelas. Amna datang mendekatiku. Agaknya dia boleh meneka apa yang bermain di fikiranku.

Tiba² dia pun meluahkan:

"Ain, betul kata madam, kadang² kegagalan, susah nak belajar tu ialah salah satu ujian Allah untuk kita. Allah nak suruh kita dekat dengan dia, mintak sengan dia supaya dapat mudah belajar, mudah ingat apa yang lecturer ajar."

Mata aku mula berkaca.

"Macam syurga. Bukan senang nak masuk syurga. Allah letakkan syarat. Kena jaga solat, puasa, zakat. Berbuat baik. Banyakkan ibadah. Kawal nafsu dengan nikmat dunia. Tu semua antara halangan yang kita kena tempuh untuk masuk syurga. Samalah macam belajar, halangan² yang kita kena hadapi untuk dapatkan segulung ijazah"

Air mata yang kutahan akhirnya tumpah. Aku peluk Amna erat.

"Terima kasih kawan. Amna, kau tolong aku eh" bisikku sebak.

"InsyaAllah, selagi aku hidup, aku akan sentiasa ada untuk tolong kau"

Aku yakin, inilah jawapan untuk istikharahku selama ini. Pada hari terakhir, beberapa minit sebelum aku menghantar borang permohonan.

Tanpa berfikir panjang, aku koyak dan buang borang permohonan dalam tong sampah.

Lega.

Terima Kasih Ya Allah sebab bagi aku seorang sahabat. Semoga aku kuat.

Failures are part of life, if you don't fail, you don't learn, if you don't learn, you'll never change.

When we fail, it is not a full stop. It is a courage to continue that counts.

The end.

#credit to my classmate to this inspiring story.

No comments:

Post a Comment

Adakah GM Diet Selamat?

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Dua tiga hari ni saya tengok posting tentang General Motor (GM) Diet berlegar-lega...