Thursday, 23 February 2017

PERJALANAN MENDAPAT LESEN

Hari demi hari menunggu.. akhirnya dapat jugak lesen .. Allah. Lama. Dari dua tiga minggu sepatunya boleh dalam 3 bulan lebih jugak.Naik mereput dibuatnya. Ni bergantung pada tempat belajar tu kot. Kebetulan saya buat sambil tunggu result SPM so memang ramai. Nak tunggu turn sehari-hari. 

Okay.

Mula-mula dulu, first skali. Pergi kursus memandu. Saya dulu dari 8 pagi, sampai 4 petang jugaklah. Pada hari kejadian, boleh pulak  
lupa bawak IC. Balik tu cari punya cari rupanya IC still ada kat dalam bekas pensel SPM lagi. Kahkah. (Nampak sangat betapa tak pentingnya IC tu pada saya sebelum ni). Fuh, memang kena bebel dengan cikgu memandu.Then dia ada bagi satu kad utk ganti IC. Saya pun tak tahu apa function dia.Lol. Sepanjang kursus tu dia bagi buku. Pastu belajar lah peraturan jalan raya, sign semua tu alahh yang simple-simple. Tapi. Simple pun penting! Semua ada dalam buku tu. Huhh. penat weyhh seharian duk dengar ceramah, sampai boleh tertidur waktu kursus tu.  

Next, dalam seminggu lepas tu.. kena ambik Ujian Undang-Undang Jalan Raya. Ujian ni ujian komputer. Tempat? Nanti Cg Memandu korang akan bagitahu. Biasanya tempat dia bukan kat tempat belajar memandu tu. Malam sebelum tu memang tak tahu nak baca apa. So saya guna kuasa google dan jumpa satu application contoh soalan. Ni aku kongsikan link:

http://www.mediafire.com/file/g4sjcqvfzej/TEST_JPJ.zip

Download, Install dan Buat. Selain tu baca buku bahagian Pink.

Hari test komputer. Saya sampai dalam pukul 9.30 pagi. Fuhh. Ramai sangat orang. Penuh seat. Menunggu dalam 3 jam kot. ( So saya nasihatkan kalau nak habis awal, pergilah awal-awal. Mungkin dlm pukul 8 dah ada kat situ). Sambil-sambil tunggu tengok orang sebelah ada buku nota kecik. So saya pinjam lah baca sambil-sambil tu. Buku nota latihan tu korang boleh dapat kat kedai buku.

Setelah berjanggut menunggu, akhirnya nama dipanggil. Masuk bilik tu, tak sampai sepuluh minit dah siap semua soalan. Nak cakap senang taklah senang.. tapi bolehlah. Tengok-tengok, salah 2 je.. Alhamdulillah... LULUS test komputer... (adalah yang dalam buku nota & soalan dlm application tu masuk)

Lepas lulus test komputer,dia akan panggil nama utk ambik gambar buat lesen L

Seminggu jugak nak siap lesen L. 


Next, Kelas Memandu. Bermulalah kehidupan di BITARA Padang Midin sebagai seorang 'pelajar'. Aku dapat cikgu baik. Jangan bimbang. Memang dia akan ajar benda-benda yang sangat basic. Function clutch,brake, minyak. Handbrake. So waktu nilah waktu terbaik korang nak tanya apa-apa. 

Ha, sepanjang ni kau bukan saja kena belajar amali memandu. Tapi termasuk Rutin Sebelum Memandu (pakai seatbealt, check signal etc).

Pengalaman sepanjang belajar ni banyak. Kereta mati? Tak lepas bukit? Terlanggar divider? Takyah cakap lah berapa kali. Biasalah nama pun belajar. 

Yang paling saya ingat, ada sekali tu cikgu Zuki suruh teman sorang sister ni. Maknanya kena duk sebelah dia tanpa cikgu. Sekali dia bawak naik divider 2 kali sekali gus. Masuk longkang sampai senget kerete. Trauma gila weyhh.

Setelah sebulan lebih belajar, hari yang dinanti sudah tiba.


TEST JPJ !!!! Tanggal 22/2/2015....


Haaaa ni nak cerita hari test JPJ

Sampai kat BITARA pukul 8 pagi. Ramai orang masa tu. Ingatkan lewat dah. Tengok pegawai JPJ tak sampai lagi. Fuh. Lega. Saya pun pegi beli breakfast kejap. Lepas makan pegi duduk. Pegawai JPJ dah sampai dengan pakaian seragamnya. Seram. Sambil duduk tunggu nama dipanggil, bukak phone tengok nota RPM RSM.

Tunggu punya tunggu, dlm pkul 10 lebih baru panggil untuk buat RPK & RSM. Alhamdulillah, full mark.

Lepas tu kena panggil untuk buat jalan raya.. Masuk tu,bagi salam. (alahai... mestilah, nak ambik hati kan). Sebelum start, kena buat Rutin Sebelum Memandu (RSM).


Lupa nak cakap, pegawai JPj tu lelaki..lepas siap buat RSM.Pegawai tu kata, pergi jalan B. Alhamdulillah, jalan B paling senang. 


Sebelum start tu, pegawai tu kata,' takpe, hari ni saya jamin lulus lah. Fuhh, lega sikit dia kata macam tu..walaupun tak faham maksud dia.

Lepas start, dekat u-turn, pegawai tu kata, takpelah, u-turn masuk Bitara balik. Aik. Tak habis lagi jalan ni..

Saya pun sedihlah, ingatkan tak lulus dah.. tapi pelik sebab tak buat kesalahan apa-apa pun.
 Masuk je, sampai je, tunggu pegawai tu isi borang. Tak tengok pun. Takut..

Pegawai tu bagi borang & senyum. Dahlah tengah debor..


Dan.......dengan gembiranya mengumumkan,  LULUS dengan jayanya. Alhamdulillah. walaupun ada kena komen sikit sebab melulu masuk simpang sampai dia kena breakkan..


Tiba masa untuk Litar..  yang ni paling berdebar..


1) Bukit- Okay lepas

2) Parking- Tersalah step. So, terpijak line putih. Tahu kena apa? Kena keluar kereta. Pastu pegawai tu tunjuk line. Terpaksalah saya berjalan meninggalkan kereta kat situ. *music sedih* 

Conclusionnya, KENA REPEAT LITAR. 

Dalam 3 minggu jugak tunggu masa nak repeat tu. Dan kena bayar (tak ingat berapa). Nasib baik tak hilang skill.. Sehari sebelum repeat test, buat latihan 1 jam. Sepatutnya 2 jam.. tapi kemalasan menjelma.. Haha. Macam terlebih confident je..

Alhamdulillah, LULUS untuk repeat. Rasa macam nak terjun dalam sungai. Gembira sangat waktu tu. Selama Tinggal Test JPJ. Kau akan ku kenang. Kahkah.

Lepas LULUS tu, boleh lah buat Lesen P kat mana-mana pejabat JPJ. Saya dulu buat lesen tak silap kena bayar RM 40. 


Boleh rujuk harga kat sini: kadar-bayaran-bagi-pelesenan-pemandu

Lupa nak cerita, ada sorang makcik ni dia datang repeat untuk kali ke 4. Kesian sangat, semua terkandas kat bukit. Tapi tak tahu macam mana makcik tu hari repeat tu. Semoga makcik lulus okayy.

Itulah kenangan pahit dan manis dalam perjalanan membuat lesen memandu. Apa yang penting ialah kesabaran. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Belajar daripada kesilapan lalu. Bila kau kena repeat tu jangan sedih sangat (walaupun terkilan sebab kena bayar lagi kan), fikir positif je. Fikir yang kalau kau lulus awal-awal tapi tak mahir lagi buat apa kan. Sebab nanti kita ni nak bawak kereta kat jalan raya, yang ada banyak kereta dan ramai orang lalu lalang, bersama pemandu-pemandu yang dah pro ni. Lagi banyak dugaan.Saya cerita semua kesalahan saya supaya korang tak buat kesalahan yang sama.


Tips saya.. hari test JPJ,


1) banyakkan selawat, doa semoga dipermudahkan urusan
2) Jangan lupa breakfast. Sebab korang tak tahu bila nak dipanggil. Nak pergi makan serba salah takut kena panggil. So, makanlah siap siap pagi tu tak pun tapau makanan ltk dalam beg.
3) Pakai baju yang elok dan sopan. Lelaki sila tight in. Ni bagitahu sebab ada yang kena tegur kat pegawai JPJ.
4) Jaga tingkah laku. Lupa nk cerita, pada hari kejadian ada sorang brother ni kena sound dengan pegawai JPJ weyh sebab merokok. Tak sopan lah kan merokok depan pegawai JPJ. So please behave okay!

All the best!

Terima Kasih Cikgu Zuki atas segala tunjuk ajar.. Jasamu kukenang..





2 comments:

  1. Lepas lulus ujian komputer ambk gmbr untk wt lesen L, lesen L tu ambil dekat tmpt jwp ujian komputer ke

    ReplyDelete
  2. Boleh bg contact cg bitara x

    ReplyDelete

Adakah GM Diet Selamat?

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Dua tiga hari ni saya tengok posting tentang General Motor (GM) Diet berlegar-lega...