Hai readers. Sorry lama tak update blog dah bersawang sangat.(Fuh fuh).
Okay sebenarnya sekarang saya dah sambung belajar kat UIAM Kuantan ( ni dah week 7) dalam bidang Dietetics (intake September 17/18). Mesti tertanya-tanya kan bidang ni belajar pasal apa sebenarnya. Okay, briefly, dietetics ni bidang yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan.
Bagi saya bidang ni sangat-sangat lah best. Reason dia?
1) Sebab kita belajar benda yang sangat dekat dengan diri kita. Diet & Makanan. Contohnya nutrien dalam makanan, apa makanan yang kita perlu makan dan cara pemprosesan makanan ( kalau ada masa saya akan share sikit2 apa yg saya belajar sepanjang 4 tahun ni insyaAllah)
Ni subjek yang saya ambik sem ni:
-Nutrition & Health
-Food Science
-Nutritional Biochemistry
-Psychology in Health Science
-Health Communication
-Islamic Worldview
2) Lecturer. Setakat ni, semua lecturer department sangat best, ada yang profession sebagai Dietitian, Nutritionist, Food Scientist dan Food Technologist. Diorang sangat sporting dan suka berkongsi. Sangat banyak ilmu daripada mereka ni walaupun baru dua bulan lebih belajar. Dan mereka suka encourage kita untuk amalkan gaya hidup sihat. Contohnya makan sayur & buah, bersukan, join program univerity (Mcm run etc). Dan BREAKFAST amatlah dititikberatkan.
3) Ada kelas MEMASAK! Haha. Tapi yang ni sem ni takde lagi. Start Semester 2 nanti ada. Tapi kelas memasak bukanlah untuk ajar kita jadi chef ke apa, cuma at least tahulah cara menggoreng, steam, rebus. Takdelah nanti nak bagi cadangan kat patient kita sendiri pun tak tahu kan.
4) Ilmu yang kita boleh guna sampai bila-bila. Mungkin kalau ditakdirkan kita tak kerja dalm bidang ni nanti, atau ada yang rancang yang nak bukak bisnes atau jadi suri rumah. At least ilmu pemakanan yang kita belajar boleh kita praktikan untuk keluarga, kawan dan diri kita sendiri.
Ambik course ni boleh kerja apa?
Sebenarnya bidang ni agak luas. Tapi apa yang common student dietetics ni nak jadi ialah Clinical Dietician
1) Clinical Dietitian
-Mungkin ada reader(s) kat sini yang first time dengar perkataan dietician. Sebenarnya, Clinical Dietician ni mostly kerja kat hospital,(kadang orng anggap mereka doktor sebab dietician pun pakai white coat). Untuk cinical dietician, tugas diorang kat hospital biasanya monitor pemakanan esp patient yang ada penyakit kronik, patient yg perlu makan menggunakan tiub,dan penyakit² lain yg berkaitan. Biasanya pesakit yang ada masalah pemakanan akan direfer oleh doktor kat dietician.
2) Sport Dietitian
-Contoh biasanya sport dietician ni kerja kat pusat-pusat sukan macam Majlis Sukan Negara. Tugas diorang ni lebih kurang je. Monitor pemakanan tapi pemakanan atlet sukan. Yelah setiap kategori dan bidang sukan memerlukan berat badan dan nutrien yang berbeza kan. Apa makanan yang sesuai utk body builder, sprinter, gimnast etc.
Setakat ni kat Malaysia apa yang lecturer bagitahu, untuk kerjaya sebagai Clinical Dietician especially under kerajaan sangatlah terhad. Tapi janganlah fikir hanya untuk jadi clinical dietician, banyak lagi kerja lain yang berkaitan macam catering dietician, nutritionist & food techologist pun ada yang pergi ke bidang ni. Kadang-kadang ada yang buka bisnes yang berasakan ilmu dietetics. Contohnya "Restoran Makanan Sihat" ..."healthy bakery" or anything related. Kalau rajin sambung belajar boleh jadi lecturer. Setiap rezeki tu milik Allah. Kita usaha dan doa je sebaik mungkin. InsyaAllah Allah pemudahkan.
*Saya masih lagi belajar dan jika ada fakta yang saya tulis tak betul, boleh nyatakan di ruangan komen ye. InsyaAllah saya akan betulkan.
*Sape yang nak Study Plan programme dietetics UIAM boleh email saya kat aeina.faiizi97@gmail.com
No comments:
Post a Comment