Thursday, 23 February 2017

You're always my teacher

Telefon berbunyi menandakan pesanan masuk. Aku buka mesej .Dari kawan sekolahku.

"Aeina, cg Jamal dah kembali ke Rahmatullah"

Tangan aku terasa ketar, tapi masih ada rasa ragu. Kemudian, belum sempat aku membalas pesanan itu, masuk lagi mesej,

"Nena, cg Jamal dah meninggal. Allah sedihnya"

 Kaku. Hilang kata. Serta merta aku rasa air suam mengalir di pipi.

Kenapa? Aku belum sempat nak ucap terima kasih kat cikgu. Aku belum sempat nak buktikan kat cg yang aku berjaya berubah. Aku belum sempat nak tunjukkan keputusan SPM aku. Allahu.

Satu persatu pesanan arwah berlayar di mindaku.

'Aeina, ingat, dalam kita belajar ni, jangan lupa Allah'

'Benda paling penting kena jaga dalam hidup ni, Solat. Jangan lengah-lengahkan'

'Kamu dah diberi peluang untuk hafal al-Quran, jadi jagalah sungguh-sungguh'

Arwah selalu berkongsi cerita tentang pengalaman hidup. Pengajian kitabnya, pondok tahfiz kepunyaannya. Dan aku tahu, dia seorang yang sangat menjaga solatnya. Aku mula rapat dengan arwah lepas keluar result Trial. Masa tu rasa down sangat sebab Kimia dapat D. Lepas tu, mulalah ada kesedaran, setiap kali ada masa lapang, pergi buat consultation, kadang sanggup korbankan waktu rehat. Tapi tak pergi sorang, sebab cg selalu pesan kalau nk datang jangan datang sorang-sorang. Faham-faham sajelah. Sampai satu tahap, aku dah boleh ajar orang lain. Mulianya seorang guru, ilmu yang diajar sentiasa mengalir berserta pahala yang berterusan.

Allah. Serious tak boleh terima. Mungkin aku tak pernah rasa kehilangan. Malam itu, aku pergi ke rumah arwah,katanya meninggal disebabkan serangan jantung. Allah lebih sayangkan beliau. Yelah orang kata, orang baik ni akan pergi dulu. Lepas balik, air mata ni tak boleh berhenti mengalir. Aku menangis seorang.

Alhamdulillah, berkat bantuan cg, aku berjaya dapat A+ Kimia dalam SPM. Walaupun sedih tak dapat nak tunjuk kat cg, tapi aku doakan cikgu agar tenang disana dan ilmu yang cikgu curahkan akan terus mengalir dalam diri ini dan aku akan pastikan ilmu ini akan terus mengalir.

Hargailah jasa seorang guru selagi dia masih ada. Selain usaha kita , gurulah orang yang memainkan peranan penting. Dalam setiap huruf yang ada dalam slip keputusan peperiksaan, adanya keringat dan ilmu seorang guru. Hargailah. Berterima kasihlah. Janganlah kamu sombong.


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Oh guruku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada pengganti

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

 Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku guruku, kau tiada pengganti...


#adaptasi lirik lagu kau sahabat, kau teman sejati.



Semoga Cikgu tenang di sisi pencipta. Al-Fatihah- Cg Jamal- 3/3/2015

Melentur Buluh dari Rebung?

"Okay, cuba Amir cerita kat akak cara nak ambil wuduk"

Amir kelihatan tertunduk. Entah kenapa, Kawan-kawan disekeliling sudah memandangnya.
"Amir?"
Amir pun datang dekat kepadaku dan berbisik
"Akak, saya dok reti ambik wuduk"
Aku terdiam sekejap dan terus menukar topik.
"Haa takpelah, kita baca bacaan dalam solat ramai-ramai okay?"
Mereka pun baca satu persatu. Budak-budak ni banyak kerenahnya. Kadang-kadang buat suara kuat sampai menjerit-jerit. Sakit telinga dengar. Lepas tegur jangan kuat sangat dia buat slow sangat pulak. Adoi budak-budak. Sebelum habis sesi, bila semua dah berkumpul dalam kumpuan besar. Aku dekati Amir. Amir ni baru 9 tahun. Bacaan iqranya lancar dan bagus.
" Amir dok reti ambik wuduk?"
"Dok. Jawabnya sepatah
"Nk kak ajr? Esok pagi datang awal akak ajr"
" Nak. Nak."
" Okay. Tapi kan. Selama ni Amir solat tak ambik wuduk lah?"
" dok. Semayang pun Amir ikut orang je"
"Ayah ke ma ada dok ajar ?"
" dok pun. Jarang tgok mak ngan ayoh mayang"

Allah. Jujurnya. Tak tahu lah sejauh mana kebenaran tu. Mungkin ayahnya selalu berjemaah di masjid. Sebab tu jarang dia melihat ayahnya solat di rumah.

Memang. Memang dia hanya tahu mengikut pergerakan solat semata-mata. Bacaan-bacaan dalam solat pun dia baru mula menghafal sikit-sikit. Malah surah al-Fatihah pun masih berterabur, tidak seperti budak lain yang sudah fasih bacaan al-Fatihahnya.


Melihatkan situasi ini, aku terfikir, betapa pentingnya didikan ibu bapa sejak kecil.Betullah orang kata, anak kecil ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Kalau dari kecil dah  didedahkan dengan kebaratan, dimanjakan dengan kemewahan, bagaimana seorang anak nak jadi orang yang sentiasa bersyukur dan suka berkongsi apa yang dia ada?

Strike the iron while it's hot.”Sebab waktu dia panas, besi itu mudah dilentur dan dibentuk, mungkin untuk menjadi satu karya yang hebat dan mahal harganya. Bila ia mulai sejuk, ia mula mengeras. Dan akhirnya terhasillah sesuatu yang keras dan hanya dapat dipatahkan hanya dengan menggunakan daya yang kuat. Begitulah jugalah anak-anak  kecil.

Kalau tidak ajar,biarlah dia melihat perbuatan. Kanak-kanak seorang yang hebat dalam memerhati dan meniru. Terutama perilaku ibubapanya. Jadi tunjukkkanlah perilaku yang baik. Sedikit demi sedikit dia akan mula mahu belajar. Ajarlah.Janganlah kamu perli kalau dia salah.Janganlah kamu marah walau dia menyerah. Sokonglah, jangan mudah lelah.

Kagum terhadap ibubapa kepada anak-anak program tahfiz muda. Kanak-kanak seawal 10 tahun sudah berjaya menghafal al-Quran. Yang dapat baca dengan lancar dengan bacaan yang sangat baik untuk budak seusia mereka bila ditebuk murabbi.

Kembali ke kisah Amir, seorang budak yang sangat komited dalam menuntut ilmu agama. Mungkin akan jadi lebih hebat kalau ada bantuan ibu bapa. Tapi tetap bersyukur, kerana ibubapanya masih ada usaha dan inisiatif untuk menghantar anak-anak ke program sebegini. Semoga Amir membesar menjadi seoran insan yang terbaik yang dapat menyumbang kepada Ummah.

*flashback program Kem Ibadah tahun lepas. (Amir-bukan nama sebenar)

Anak kecil,
Mereka insan tiada berdosa,
Malah mereka dijamin syurga,
Janganlah kita marah dan membenci,
Kerena mereka anak kecil yang suci,

BERAMAL DENGAN SURAH AL-ASR

Perkongsian.

103:1-3
[1]"Demi Masa"
[2] "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
[3] "Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Pengajaran Surah.

Masa itu bukanlah emas. Kerana masa tidak boleh dibeli. Masa itu bahkan lebih berharga daripada emas. Ia tidak boleh diulang. Bila kita membuat kesilapan di sesuatu masa, apa yang kita boleh buat ialah teruskan kehidupan dan ambil pengajaran daripada kesilapan masa lalu. Masa itu ialah modal pelaburan. Modal yg menentukan masa hadapan kita. Setiap manusia berada pada posisi berdagang, bekerja & menghabiskan umur untuk beramal di dunia, sungguh berada dalam kerugian & kesesatan dari kebenaran hingga datang kematian.

Dan berdasarkan surah tersebut, hanya ada 4 pelaburan tidak merugikan.
1) Beriman
2) Amal soleh
3) Berpesan ke arah kebaikan & kesabaran (DAKWAH)

#1. BERIMAN.
Pertama, tahu apa itu iman. Iman secara generalnya ialah percaya. Kepercayaan yg mendalam dalam sesuatu perkara, TANPA KERAGUAN. Dalam Islam, Iman didefinisikan sebagai kepercayaan yg teguh didalam hati yang dibenarkan dengan lidah dan dibuktikan melalui perbuatan zahir. Hidup kita ini biarlah berprinsip. Sematkat prinsip itu teguh-teguh dalam diri. Kemana sahaja kita pergi. Kita akan tetap berpegang kpd prinsip tersebut 

🏼. 'Jadilah seperti ikan di laut, walaupun laut itu masin namun x menjejaskan rasa ikan itu. Sebagai contoh, solat di awal waktu. Tidak kira di mana kita berada. di sekolah, di universiti, di shopping mall. Bila kita berpegang kepada prinsip solat di awal waktu. Laksanakanlah walau di mana pun kita berdiri pada saat itu.

#2. AMAL SOLEH.
"Apa guna kita rasa Allah itu ada, tapi x beramal kan. "
Iman tanpa amal adalah sia².
*kalau rasa Allah itu Maha Besar. Solatlah di awal waktu contohnya.
*kalau kita rasa Allah itu Maha Kaya. Selalulah bersedekah.
Ingat prinsip. 1 dibalas 10. Dan balasan rezeki itu tidak semesti dlm bentuk wang ringgit. dapat masuk universiti, keputusan cemerlang,.. anak yg soleh ,nikmat kesihatan. Itu semua rezeki. Janganlah anggap rezeki itu hanya wang ringgit.

Dan percayalah, tidak akan miskin orang yg selalu bersedekah.

Pandanglah segala perkara dengan kaca mata tarbiyah 🔎.

#3. DAKWAH. (Berpesan²).
Dakwah itu fleksible. Ada bermacam cara yang kita boleh guna untuk berdakwah. Tak semesti hanya dengan perlu memberi ceramah di masjid. Berjalan dari rumah ke rumah menyampaikan risalah Islam. Sebagai contoh, laman sosial,penulisan, filem. Mungkin dalam pekerjaan atau kehidupan seharian kita, ada di celah-celah sesuatu kita boleh berdakwah secara tidak langsung."Masukkanlah jiwa pembaikan ummah dlm setiap perkara."

Aku bagi dua contoh, 

1) PEKERJA DELIVERY KFC- sambil dia menghantar pesanan-pesanan pelanggan, tak salah kalau selitkan risalah-risalah dakwah walaupun satu ayat atau hadis nabi.

2) GURU- mungkin sebelum memulakan kelas, mulakan dengan tazkirah daripada setiap lejar secara bergilir.

Fikirlah...
Jadi muslim yg kreatif.
"Masa yg kita ada skrng adalah utk masa depan. " kerana kita belum pasti dpt ijazah tpi PASTI jadi jenazah .

Terima kasih atas bacaan. Semoga bermanfaat. 

PERJALANAN MENDAPAT LESEN

Hari demi hari menunggu.. akhirnya dapat jugak lesen .. Allah. Lama. Dari dua tiga minggu sepatunya boleh dalam 3 bulan lebih jugak.Naik mereput dibuatnya. Ni bergantung pada tempat belajar tu kot. Kebetulan saya buat sambil tunggu result SPM so memang ramai. Nak tunggu turn sehari-hari. 

Okay.

Mula-mula dulu, first skali. Pergi kursus memandu. Saya dulu dari 8 pagi, sampai 4 petang jugaklah. Pada hari kejadian, boleh pulak  
lupa bawak IC. Balik tu cari punya cari rupanya IC still ada kat dalam bekas pensel SPM lagi. Kahkah. (Nampak sangat betapa tak pentingnya IC tu pada saya sebelum ni). Fuh, memang kena bebel dengan cikgu memandu.Then dia ada bagi satu kad utk ganti IC. Saya pun tak tahu apa function dia.Lol. Sepanjang kursus tu dia bagi buku. Pastu belajar lah peraturan jalan raya, sign semua tu alahh yang simple-simple. Tapi. Simple pun penting! Semua ada dalam buku tu. Huhh. penat weyhh seharian duk dengar ceramah, sampai boleh tertidur waktu kursus tu.  

Next, dalam seminggu lepas tu.. kena ambik Ujian Undang-Undang Jalan Raya. Ujian ni ujian komputer. Tempat? Nanti Cg Memandu korang akan bagitahu. Biasanya tempat dia bukan kat tempat belajar memandu tu. Malam sebelum tu memang tak tahu nak baca apa. So saya guna kuasa google dan jumpa satu application contoh soalan. Ni aku kongsikan link:

http://www.mediafire.com/file/g4sjcqvfzej/TEST_JPJ.zip

Download, Install dan Buat. Selain tu baca buku bahagian Pink.

Hari test komputer. Saya sampai dalam pukul 9.30 pagi. Fuhh. Ramai sangat orang. Penuh seat. Menunggu dalam 3 jam kot. ( So saya nasihatkan kalau nak habis awal, pergilah awal-awal. Mungkin dlm pukul 8 dah ada kat situ). Sambil-sambil tunggu tengok orang sebelah ada buku nota kecik. So saya pinjam lah baca sambil-sambil tu. Buku nota latihan tu korang boleh dapat kat kedai buku.

Setelah berjanggut menunggu, akhirnya nama dipanggil. Masuk bilik tu, tak sampai sepuluh minit dah siap semua soalan. Nak cakap senang taklah senang.. tapi bolehlah. Tengok-tengok, salah 2 je.. Alhamdulillah... LULUS test komputer... (adalah yang dalam buku nota & soalan dlm application tu masuk)

Lepas lulus test komputer,dia akan panggil nama utk ambik gambar buat lesen L

Seminggu jugak nak siap lesen L. 


Next, Kelas Memandu. Bermulalah kehidupan di BITARA Padang Midin sebagai seorang 'pelajar'. Aku dapat cikgu baik. Jangan bimbang. Memang dia akan ajar benda-benda yang sangat basic. Function clutch,brake, minyak. Handbrake. So waktu nilah waktu terbaik korang nak tanya apa-apa. 

Ha, sepanjang ni kau bukan saja kena belajar amali memandu. Tapi termasuk Rutin Sebelum Memandu (pakai seatbealt, check signal etc).

Pengalaman sepanjang belajar ni banyak. Kereta mati? Tak lepas bukit? Terlanggar divider? Takyah cakap lah berapa kali. Biasalah nama pun belajar. 

Yang paling saya ingat, ada sekali tu cikgu Zuki suruh teman sorang sister ni. Maknanya kena duk sebelah dia tanpa cikgu. Sekali dia bawak naik divider 2 kali sekali gus. Masuk longkang sampai senget kerete. Trauma gila weyhh.

Setelah sebulan lebih belajar, hari yang dinanti sudah tiba.


TEST JPJ !!!! Tanggal 22/2/2015....


Haaaa ni nak cerita hari test JPJ

Sampai kat BITARA pukul 8 pagi. Ramai orang masa tu. Ingatkan lewat dah. Tengok pegawai JPJ tak sampai lagi. Fuh. Lega. Saya pun pegi beli breakfast kejap. Lepas makan pegi duduk. Pegawai JPJ dah sampai dengan pakaian seragamnya. Seram. Sambil duduk tunggu nama dipanggil, bukak phone tengok nota RPM RSM.

Tunggu punya tunggu, dlm pkul 10 lebih baru panggil untuk buat RPK & RSM. Alhamdulillah, full mark.

Lepas tu kena panggil untuk buat jalan raya.. Masuk tu,bagi salam. (alahai... mestilah, nak ambik hati kan). Sebelum start, kena buat Rutin Sebelum Memandu (RSM).


Lupa nak cakap, pegawai JPj tu lelaki..lepas siap buat RSM.Pegawai tu kata, pergi jalan B. Alhamdulillah, jalan B paling senang. 


Sebelum start tu, pegawai tu kata,' takpe, hari ni saya jamin lulus lah. Fuhh, lega sikit dia kata macam tu..walaupun tak faham maksud dia.

Lepas start, dekat u-turn, pegawai tu kata, takpelah, u-turn masuk Bitara balik. Aik. Tak habis lagi jalan ni..

Saya pun sedihlah, ingatkan tak lulus dah.. tapi pelik sebab tak buat kesalahan apa-apa pun.
 Masuk je, sampai je, tunggu pegawai tu isi borang. Tak tengok pun. Takut..

Pegawai tu bagi borang & senyum. Dahlah tengah debor..


Dan.......dengan gembiranya mengumumkan,  LULUS dengan jayanya. Alhamdulillah. walaupun ada kena komen sikit sebab melulu masuk simpang sampai dia kena breakkan..


Tiba masa untuk Litar..  yang ni paling berdebar..


1) Bukit- Okay lepas

2) Parking- Tersalah step. So, terpijak line putih. Tahu kena apa? Kena keluar kereta. Pastu pegawai tu tunjuk line. Terpaksalah saya berjalan meninggalkan kereta kat situ. *music sedih* 

Conclusionnya, KENA REPEAT LITAR. 

Dalam 3 minggu jugak tunggu masa nak repeat tu. Dan kena bayar (tak ingat berapa). Nasib baik tak hilang skill.. Sehari sebelum repeat test, buat latihan 1 jam. Sepatutnya 2 jam.. tapi kemalasan menjelma.. Haha. Macam terlebih confident je..

Alhamdulillah, LULUS untuk repeat. Rasa macam nak terjun dalam sungai. Gembira sangat waktu tu. Selama Tinggal Test JPJ. Kau akan ku kenang. Kahkah.

Lepas LULUS tu, boleh lah buat Lesen P kat mana-mana pejabat JPJ. Saya dulu buat lesen tak silap kena bayar RM 40. 


Boleh rujuk harga kat sini: kadar-bayaran-bagi-pelesenan-pemandu

Lupa nak cerita, ada sorang makcik ni dia datang repeat untuk kali ke 4. Kesian sangat, semua terkandas kat bukit. Tapi tak tahu macam mana makcik tu hari repeat tu. Semoga makcik lulus okayy.

Itulah kenangan pahit dan manis dalam perjalanan membuat lesen memandu. Apa yang penting ialah kesabaran. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Belajar daripada kesilapan lalu. Bila kau kena repeat tu jangan sedih sangat (walaupun terkilan sebab kena bayar lagi kan), fikir positif je. Fikir yang kalau kau lulus awal-awal tapi tak mahir lagi buat apa kan. Sebab nanti kita ni nak bawak kereta kat jalan raya, yang ada banyak kereta dan ramai orang lalu lalang, bersama pemandu-pemandu yang dah pro ni. Lagi banyak dugaan.Saya cerita semua kesalahan saya supaya korang tak buat kesalahan yang sama.


Tips saya.. hari test JPJ,


1) banyakkan selawat, doa semoga dipermudahkan urusan
2) Jangan lupa breakfast. Sebab korang tak tahu bila nak dipanggil. Nak pergi makan serba salah takut kena panggil. So, makanlah siap siap pagi tu tak pun tapau makanan ltk dalam beg.
3) Pakai baju yang elok dan sopan. Lelaki sila tight in. Ni bagitahu sebab ada yang kena tegur kat pegawai JPJ.
4) Jaga tingkah laku. Lupa nk cerita, pada hari kejadian ada sorang brother ni kena sound dengan pegawai JPJ weyh sebab merokok. Tak sopan lah kan merokok depan pegawai JPJ. So please behave okay!

All the best!

Terima Kasih Cikgu Zuki atas segala tunjuk ajar.. Jasamu kukenang..





TIPS BELAJAR MEMANDU

Segala tips yang saya kongsikan adalah daripada pengalaman saya sendiri. Semoga bermanfaat untuk anda semua...

Bahagian 1

Jalan Raya.

Tips

1. WAJIB ingat jalan, kenapa? Sebab untuk elakkan korang semua nervous. Macam sorang kawan ni.. dia jarang lalu jalan tu waktu latihan so masa test Jpj dia boleh jalan yang dia tak biasa. Lepastu, bila dah tak ingat mulalah kalut..hilang fokus memandu. Last-last tak lulus.... so mahirkan dengan semua jalan waktu berlatih

2. Hafal lampu isyarat. Macam mana tu? Contohnya kat lampu isyarat tu, lepas lorong kiri jalan, lorong ni akan gerak. So, korang akan lebih bersedia... 

3. Jangan pecut dekat dengan lampu isyarat ! Sebab takut tiba-tiba nak dekat line lampu tukar kuning. Kang terbabas.. Konferm gagal..

4. Angkat handbrake bila berhenti. Jangan lupa. Especially kat lampu isyarat.

5.Take note tempat yang ada had laju macam sekolah.

6. Jangan laju di selekoh ! Nak masuk selekoh kalau boleh tukar gear lebih rendah. Ingat. Jangan Laju!

7. Ni tips ambik hati. Waktu test JpJ tu, bagi lah salam. Berbual sikit dengan pegawai tu. Banyakkan senyum. 

Bahagian 2 (LITAR)

RpK & RSM

Chill je. Ni markah bonus untuk korang semua...
Contoh borang RpK & RSM.

BUKIT

1. naik macam biasa. tekat minyak sikit. Bila side mirror kanan selari dengan tiang, berhenti.

2. Tarikh handbrake. Free gear. Pastikan tayar berada betul-betul atas line kuning. (cito), Angkat tangan.

3. Nak jalan balik. Masuk gear 1. Tekan minyak sampai meter RpM 4, tahan. Lepaskan clutch slow-slow. Bila tengok meter RpM turun, terus turunkan handbrake. Tekan minyak. Tapi Clutch tahan!

Kat sini bak kata Faris, biar tayar sampai berasap sekalipun, asalkan begerak ke depan...

PARKING

1. Masuk sampai tiang kat selari dengan bahu.
2. Signal kiri, pusing kiri sampai habis, masuk gear reverse.
3. Undur sampai nampak bucu. Tengok kat side mirror. 
4. Pusing tayar 2 kali (sampai tayar betul-betul straight)
5. Undur sampai tayar belakang kat atas line putih. Boleh tgok ikut tingkat sebelah kanan.
5. Pusing kanan sampai habis. Undur dan masuk kedalam petak dengan jayanya.... Lepas rasa kereta dah selari je dengan line tu, terus break.
6.Free gear, tarik handbrake. Angkat tangan.
7. Nak keluar, signal kanan, masuk gear, turunkan handbrake, pusing kanan sampai habis dan keluar..
8. Sesuaikan ikut keadaan.

3 PENJURU.

Walaupun ni agak senang, tapi kat sini ramai yang terkandas.Sebab kat sini hanya ada 3 step je.

Tak boleh enjin mati. Tak boleh kereta tergerak ke depan atau kebelakang...

Tips:

1. Lepas masuk, masa nak pusing stereng tu, untuk masuk ke penjuru seterusnya, jangan lepas brake. Untuk elakkan kereta bergerak waktu pusing stereng.

2. Pastikan enjin tak mati! Hati-hati bila lepaskan clutch. Jangan terlalu cepat. Takut enjin mati.

3. Pastikan gear tu tukar! Be Alert.

SELEKOH S

Selekoh S ni kacang je kan. Asal kau kena pandai kawal stereng. So pandai-pandailah. 

SELEKOH Z

Selekoh Z pun tak banyak yang dapat dikongsi. yang paling penting kecekapan.

Tips ; 

1. Nak masuk tu, ambik ke kiri sikit.

2. Sampai je kat bucu tu, terus pusing stereng. 

3. Jaga break & clutch. Takpe berhenti, asalkan jangan naik atas penghadang je.

Okay, tu saje yang boleh saya kongsikan, 

Good Luck !!! 

*Korang boleh bukak link ni jugak utk tgok macam mana saya survive ambik lesen ni beserta tips-tips lain: perjalanan-mendapat-lesen P



Gagal? No hal

Segala borang dan salinan² yang diperlukan untuk memohon pertukaran jurusan universiti sudah aku siapkan. Aku kepilkan dan letak di atas meja belajar.

Aku nekad mahu menukar jurusan daripada medic ke law kerana merasakan bidang sains tidak kena dengan jiwaku. Aku cuba survive selama 1 semester tapi aku rasa aku tak boleh pergi lebih jauh. Entahlah.

'Esok aku mesti hantar'. Bisikku dalam hati.

Aku sudah buat solat hajat dan istikharah agar Allah beri petunjuk. Tapi aku masih tidak nampak hala tuju. Jadi aku ambil keputusan untuk teruskan dengan niatku.

Keesokan harinya, iaitu pada kelas biologi terakhir untuk semester 1. Lepas habis kelas, tiba² aku rasa tergerak untuk beritahu madam Hafizah tentang niatku yang ingin menukar jurusan, di tanganku aku pegang borang² yang kukepilkan semalam. Hanya menunggu masa untuk dihantar ke pejabat lepas kelas.

Ingat lagi kata² madam yang telah mengubah fikiranku.

" Ain, kalau awak nak tukar course sebab awak rasa susah, lebih baik batalkan niat awak tu"

"Sebab kalau awak nak datang universiti untuk mengharapkan semua benda nak senang, baik tak payah datang universiti. Lagipun saya tengok awak bukan teruk sangat pun".

Aku terdiam.

Madam sambung.

" Takde benda kat universiti ni yang senang. Tak percaya tanya senior² kamu. Mesti ada kesusahan yang diorang kena lalui untuk dapatkan segulung ijazah. Takkan bila sampai kat satu tempat yang susah, kita terus surrender?"
"Ain, Ingat, takde orang yang berjaya kat dunia ni tak pernah gagal. Bila kita gagal, tu bukan titik nokhtah untuk kita, tapi itulah sebenarnya titik permulaan untuk kita melangkah lebih jauh "

Aku diam lagi. Sebak.

Aku berjalan perlahan keluar daripada kelas. Amna datang mendekatiku. Agaknya dia boleh meneka apa yang bermain di fikiranku.

Tiba² dia pun meluahkan:

"Ain, betul kata madam, kadang² kegagalan, susah nak belajar tu ialah salah satu ujian Allah untuk kita. Allah nak suruh kita dekat dengan dia, mintak sengan dia supaya dapat mudah belajar, mudah ingat apa yang lecturer ajar."

Mata aku mula berkaca.

"Macam syurga. Bukan senang nak masuk syurga. Allah letakkan syarat. Kena jaga solat, puasa, zakat. Berbuat baik. Banyakkan ibadah. Kawal nafsu dengan nikmat dunia. Tu semua antara halangan yang kita kena tempuh untuk masuk syurga. Samalah macam belajar, halangan² yang kita kena hadapi untuk dapatkan segulung ijazah"

Air mata yang kutahan akhirnya tumpah. Aku peluk Amna erat.

"Terima kasih kawan. Amna, kau tolong aku eh" bisikku sebak.

"InsyaAllah, selagi aku hidup, aku akan sentiasa ada untuk tolong kau"

Aku yakin, inilah jawapan untuk istikharahku selama ini. Pada hari terakhir, beberapa minit sebelum aku menghantar borang permohonan.

Tanpa berfikir panjang, aku koyak dan buang borang permohonan dalam tong sampah.

Lega.

Terima Kasih Ya Allah sebab bagi aku seorang sahabat. Semoga aku kuat.

Failures are part of life, if you don't fail, you don't learn, if you don't learn, you'll never change.

When we fail, it is not a full stop. It is a courage to continue that counts.

The end.

#credit to my classmate to this inspiring story.

Tarbiyah & Ketenangan

Sofia rasa tidak tenang,

Ada sahaja benda yang tidak kena,


Buat tu tak menjadi, belajar tak masuk kepala, tambah pulak semalam assignment kena reject dengan lecturer.


Ahh serabut! Serabut!


Sofia duduk di atas bangku, menghadap padang rumput yang menghijau, dia memandang langit. Matanya melilau melihat lihat burung² berterbangan.


'Bestnya jadi burung, dapat terbang bebas, tak payah ada banyak² masalah'. Gumamnya.


Sambil menikmati keindahan ciptaanNya, Tiba² dia merasakan sepalit ketenangan datang mengetuk pintu hatinya.


Termenung. Berfikir.


Barulah dia perasan, 2 minggu ni dia sangat jauh dengan Allah. Al-Quran pun baca 1 muka je sehari. Yelah, nama dah malas kan. Solat pun hanya perbuatan, bukan dari hati. Solat sunat lama tak buat, apatahlagi tahajud. Allah.


Sibuk sangat dengan assignment, quiz, aktiviti society. Sampai tak sempat nak pergi usrah. Sibuk dengan dunia, sampai lalai dengan pencipta.


Dia pun terus bergegas ke bilik dan berwuduk.

Kebetulan waktu tu waktu dhuha, ditunaikannya solat sunat dhuha 2 rakaat. Pada akhir solatnya, dia berdoa Allah berikannya ketenangan hati. Kini dia tenang. Itulah ketenangan yang hakiki. Yang hanya dapat dirasai oleh orang beriman.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).”


Betullah, iman ni selalu turun naik. Ada hari yang kita buat ibadah memang sungguh².Waktu tu baca Al-Quran 1,2 juzuk pun tak puas. Solat punya lama. Berdoa sampai mengalir air mata. Tapi tak lama. Lepastu, solat sekadar nak cukup syarat. Nak doa pun malas. Baca Al-Quran 2 muka surat pun dah rasa banyak. Pastu sedar balik. Hmm macam tu lah hidup.


Sebab itulah, kita kena selalu berdoa, agar Allah matikan kita waktu iman tengah berada di kemuncak.


Bersukurlah, kalau waktu kita lalai, Allah masih jentik hati kita. Tu maknanya Allah masih sayangkan kita.💜


Bayangkan kalau kita terus menerus lalai dan tak sedar.


Sebab tu kita ni kena selalu berada dekat dengan tarbiyah. Kena ada kawan yang selau ingatkan kita. Buku² yang sarat dengan nasihat. Kat facebook ke twitter ke follow page² nasihat. Add kawan² yang selalu update status tarbiyah. Tak kiralah sentap ke tak sentap.

At least dalam masa kita lalai, bila kita bukak laman sosial, akan terbaca jugak nasihat² dekat fb yang mungkin boleh sentuh hati kita, tarik kita balik ke atas landasan.

"walau apapun caranya jua,

engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau berentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,
jika tidak kembali pada ALLAH...
-iman mutiara-

Semoga kita dapat terus istiqamah.

AL-HAFIZ ke AL HAFAL?

Satu hari, ada orang tanya,
"Sekolah yg hafal Quran ada tak kes couple, mencuri, hisap rokok"
Saya senyum.
"Tipulah kalau saya kata takde"
"Seriously?"
"Yes, seriouslah"
"Awak, tak semua orang hafal Quran ni kerana Allah, ad yg hafal hanya pada mulut, dan tak terkesan kat hati & amalan.Dan takde orang kat dunia ni yang boleh lari dari buat dosa. Bezanya kalau dia masih ada iman, cepatlah dia sedar dan bertaubat. "
"Oo, tapi saya ni selalu jealous dengan orang yg hafal Quran, mesti banyak pahala dapat."
"Awak, memang orang yang hafal al-Quran dijanjikan syafaat yang besar kat akhirat, tapi orang yang tak hafal al-Quran tapi beramal jauh lebih baik daripada orang yang hafal al-Quran tapi tak amal. "
............................................................
Nak kongsi ceramah dari sorang ustaz kat UIA, saya rasa memang patut dikongsi.
Ustaz tu kata, sekarang ni sangat ramai orang hafal al-Quran berbanding zaman dulu. Tapi sekarang , ia hanya pada kuantiti, bukan kualiti. Ramai yang hafal al-Quran, tapi tak amal. Lagi sedih bila tak nampak langsung ciri² dia ni hafal Quran
Ni lah orang-orang yg hafal quran utk dapat 'title' semata-mata. Mengejar untuk khatam, pastu bila dah khatam, bangga dah jadi 'al-hafiz', diraikan dalam majlis. Lepas berjaya mendapat title, amanah di biar macam tu je. Takde usaha langsung nak murajaah.
Ingat! Bila sekali dah kita hafal Quran, kita dah pegang amanah tu sampai mati. Biarlah al-Quran tu jadi hujah kepada kita, bukannya hujah ke atas kita.
...............................................................
Bab 'Judge'
Kita ni hidup memang tak boleh lari dari kena judge.
Orang kata apa,
"people love to judge you before ever knowing you"
Kita tak boleh salahkan mereka, sebab kadang² kita sendiri pun mcm tu.
Lagi² budak² yang background sekolah agama. SMKA, MRSM UA, DARUL QURAN, MAAHAD sebagai contoh. Mesti orang pandang diorang ni budak² 'alim lah'.
"Weyh, serious ah dia hafal Quran, perangai tak macam hafizah langsung"
"Mcm tu ehh perangai budak sekolah agama"
Kata² ni selalu saya dengar, terasa kot walaupun ditujukan kepada orang lain..
Tak semua budak sekolah agama baik, dan tak semesti budak sekolah biasa tu tak baik, malah ada yang lebih baik dari budak sekolah agama.
Hakikatnya, sekolah hanya menyediakan platform, untuk mendidik kita bagi menjadi lebih baik. Ustaz ustazah hanya bagi nasihat dan tunjuk ajar macam mana kita nak berubah. Tapi hakikatnya, mereka hanya sebagai pendorong, yang mengubah diri kita ialah kita sendiri.
Last but not least, pesanan kepada diri & kawan² terutama yang hafal Quran, saya tak kisah apa yang korang nak pakai, what kind of tudung, what kind of jubah or blouse or anything related. Also, I don't mind how you want to behave. But before doing something (anything) , please remember that you're holding a 'title' that you can't easily remove it. Everywhere you go people will ask about your background, and surely they will know.
Jadi sebelum upload gambar dengan makwe,pakwe, buat caption sayang² kat insta, twitter. Fikirlah banyak kali. Apa orang akan fikir. Saya pun sedih tengok. Nak 'sweet²' pun, biarlah sesama korang je, tak perlu lah nk tunjuk kat orang. Mcm buka aib sendiri pun ada. In the other words, janganlah kita jadi fitnah kepada al-Quran.
Dan, cubalah ada usaha utk murajaah walaupun sikit. Tapi istiqomah.
“Dan Al-Quran itu bisa menjadi hujjah bagimu (membelamu) dan bisa menjadi hujjah atas kamu (mengancammu).” (Riwayat Muslim dari hadits Al-Harits Al-Asy’ari yang panjang)

PAKU DI HATI

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata² kita", nasihat seorang ibu kepada anaknya.
"Saya tahu itu salah ibu, tapi saya boleh minta maaf. Bukankah minta maaf juga satu kelebihan," balas si anak.

"Tapi perbuatan kamu dah menyakiti hati orang", sambung ibu.

"Saya rasa tidak, selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu"
"Okay kalai begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Begini, setiap kali kamu menyakiti hati orang, kamu ketuk satu paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut paku itu"
"Baik ibu"
Beberapa bulan berlalu, mereka sama² mengadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ad paku yang tinggal?Semua orng yg saya sakiti hatinya dah saya mohon maaf. " Ujar si anak dengan bangga.
Ibunya senyum.
"Tapi cuba kamu tengok dinding, semuanya sudah berlubang, calar dan berkematu. Itulah hati² yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya anakku...
Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu.Sudah tidak indah seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
.............................................................
Ni lah yang orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sekali kita buat jahat kat orang, mungkin kita ingat dah settle dengan minta maaf. Tapi kesan di hati orang tu tetap ada.
Sebab tu, bila orang yang selalu buat jahat dulunya, mungkin bila dia dah berubah. Kita masih lagi rasa ragu² kat dia. Sebab kesan tu still ada.
Ada satu quotes,
"Never trust someone who lies to you and never lie to someone who trust you"
Samalah orang yang suka menipu. Kalau dia dah selalu menipu, memang susah kita nak percaya dia lepas tu walaupun dia cakap benda betul.
Sebab KESAN tu memberi impak kepada seseorang.
Betul, meminta maaf tu perbuatan terpuji, tapi berusaha untuk tidak perlu meminta maaf (menghindarkan diri dari menyakiti orang lain) jauh lebih terpuji.
"Maybe someone can FORGIVE your mistakes. But it is not easy to FORGET it"
Think before you act!

ASASI UIA PJ

Okay back to the story, Alhamdulillah, after all the thick and thin i had gone through for the previous 4 months,lastly... final exam went very well. Alhamdulillah...

I continued my study at Centre for Foundation Study, International Islamic University Malaysia( CFS IIUM ) located in petaling Jaya. This is my last choice. 

So,for this entry, I want to share something about UIA, to those who interested to continue her@ his study in UIA. (Tapi yang saya kongsi ni pengalaman saya kat Pusat Asasi tau, tak masuk main campus lagi.)

UIA ni paling banyak asasi rasanya berbanding Uni lain.

Science Programme: Medic, Pharmacy , Dentistry, Bio science, Phy science, Allied Health Science,                                     AED, Nursing, Engineering... 
Art Programme: Law, BAR, ARCOM, ENCOM, ECONS, Human Science, Islamic Revealed                                        Knowledge, Tourism Planning & Management..
                           ( dengar2 ada satu kos baru, kos bahasa Melayu, MLCOM kat degree dah 3 batch                                 dah kos ni, but i'm not sure kat CFS)

Maaf kalau ada yg tak disenarai, tak ingat lah tu.

Apa beza Art & Science programme?

Kalau under science programme, kena ambik subjek sains macam biology, chemistry, physics...
Ada kos yang ambik tiga2 subjek, ada yang ambik Physics saja, ada yang ambik Chemistry & Physics saja.. hmm macam tu lah. untuk Art Programme, x ambik subjek sains, ambik subjek lain macam RKA, ICT, STUDY SKILLS,BUSINESS, ENG, ARAB dan banyak lagi la.. ( nanti korang masuk cfs korang tahu )

Apa Kelebihan UIA ni?

1) ENVIRONMENT

-Nama pun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kan.. mestilah semua agama Islam. Mostly kalau kat cfs ni ramai melayu, ada je orang Indonesia, India Muslim, tapi tak ramai lah. sangat sikit. Kat Main Campus mungkin lagi ramai international student ni. Suasana kat sini lebih Islamic lah sikit berbanding dengan Uni lain. Pemakaian & Ikhtilat agak diambil berat...  Tapi tak lah kata semua budak UIA alim2, pakai tudung labuh.. baju labuh.. ada je, tudung atas dada... ikhtilat entah kemana.. semua tu bergantung atas kita semua sebenarnya, tapi bila kita dah berada dalam suasana yang baik dan dikelilingi orang yang baik, insyaAllah, lagi mudah untuk kita berubah.

- yang kedua, "THIS IS AN ENGLISH SPEAKING CAMPUS". Haaa, jangan rasa annoying pulak bila masuk uia dengar orang cakap omputih.  Kat Uia ditekankan untuk cakap english. Even lecture pun semua dalam english. Tak pun Arabic (utk subjek tertentu). Kalau lecturer biology saya, nak tanya soalan ke apa, mesti dalam English, kalau tak dia tak layan, even mesej kat whatsapp. Satu lagi nak tambah, sini semua benda dalam english. Signboard, lecture, presentation, announcement etc. So bersedialah mental dan fizikal okay.
Saya ni pun masih belajar lagi nak cakap english dengan lancar, and this is one of the effective platform to improve your English communication skill .Practice make Perfect Guys.!




- One more thing, here, we call each other 'sister' or 'brother'.

2) EPT & APT
Ni benda yang menarik kat UIA ni, semua orang kena ambik APT ( Arabic Placement Test) & (English Placement Test). Dua exam ni, semua orang wajib ambik masa taaruf week tau. Jangan bimbang siapa yang tak ada basic arab, nanti waktu exam arab tulis nama & no matrik je, pastu keluar dewan. Untuk apa exam ni?
Untuk menentukan berapa tahun kita akan belajar kat cfs ni..For more info about EPT & APT and some academic stuffs , you can refer to this blog >. ORDINARY GUY. malas pulak nak tulis panjang2.

3) TEMPAT TINGGAL
Satu lagi kelebihan UIA ni, UIA provide asrama untuk semua student dia, tak perlu cari tempat tinggal kat luar. Kalau uni lain, nak duduk dalam kena apply, tapi UIA, kalau nak duduk luar yang kena apply. Haaa.. Asrama2 kat UIA ni dipanggil Mahallah. Mahallah Fatimah, Mahallah Abu Bakar, Mahallah Zainab.. banyak lagi lah..

4) TUKAR COURSE
Haaa.. Kat sini, korang boleh nak tukar course. Contoh korang dapat course yang tak minat kat UPU, Nanti waktu taaruf week boleh ambik borang untuk tukar course. Tapi tak semua lah. Tengok pada kekosongan sesuatu course tu. Cuba je dulu. Kalau tak nak tukar waktu taaruf week, boleh tukar waktu akhir sem, tapi beli borang tu kena bayar tak silap, dalam RM 50-RM100. Tak silap lah.
Nak bagi tips sikit, kalau berminat nak ambik critical course macam Medic, Pharmacy, Dentistry.. pastikan result korang memang betul2 gempak la. Sebabnya majoriti kawan yang dapt critial course ni untuk SPM, majoriti straight As. Pastu, waktu apply UPU, untuk pilihan ke dua, ketiga, letak course sains yang lain macam Bio Science ke, Allied Health Science ke...( ni untuk yang betul2 nak masuk UIA)



BTW, apa yang penting, di mana pun kita belajar, niat tu kena betulkan, kalau niat kita betul,, Allah akan permudahkan segalanya. Setakat tu saja setakat ni, kalau rajin saya sambung. Nak tanya silakan di ruang comment atau email okay. 

*New update*: Ni sambungan untuk asasi UIA PJ > ASASI UIA PJ 2

Adakah GM Diet Selamat?

Assalamualaikum/Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Dua tiga hari ni saya tengok posting tentang General Motor (GM) Diet berlegar-lega...